
Sistem Operasi Internet! Percuma, Sumber Terbuka, dan Boleh Dihoskan Sendiri.
« DEMO SECARA LANGSUNG »
Puter.com
·
SDK
·
Discord
·
Reddit
·
X (Twitter)

## Puter
Puter ialah sistem operasi internet sumber terbuka yang maju dan direka untuk kaya dengan ciri kefungsian, kepantasan luar biasa dan kebolehluasan yang tinggi. Puter boleh digunakan sebagai:
- Storan awan peribadi yang mendahulukan privasi untuk menyimpan semua fail, aplikasi dan permainan anda di satu tempat yang selamat dan boleh diakses dari mana sahaja pada bila-bila masa.
- Platform untuk membina dan menerbitkan laman web, aplikasi web dan permainan.
- Alternatif kepada Dropbox, Google Drive, OneDrive, dan lain-lain dengan antara muka yang baharu dan ciri kefungsian berkuasa tinggi.
- Persekitaran desktop awan untuk server dan stesen kerja.
- Projek dan komuniti sumber terbuka yang mesra untuk mempelajari pembangunan laman web, pengkomputeran awan, sistem teragih, dan banyak lagi!
## Mulakan
### 💻 Pembangunan Lokal
```bash
git clone https://github.com/HeyPuter/puter
cd puter
npm install
npm start
```
Ini akan melancarkan Puter di http://puter.localhost:4100 (atau port seterusnya yang tersedia).
### 🐳 Docker
```bash
mkdir puter && cd puter && mkdir -p puter/config puter/data && sudo chown -R 1000:1000 puter && docker run --rm -p 4100:4100 -v `pwd`/puter/config:/etc/puter -v `pwd`/puter/data:/var/puter ghcr.io/heyputer/puter
```
### 🐙 Docker Compose
#### Linux/macOS
```bash
mkdir -p puter/config puter/data
sudo chown -R 1000:1000 puter
wget https://raw.githubusercontent.com/HeyPuter/puter/main/docker-compose.yml
docker compose up
```
### Windows
```powershell
mkdir -p puter
cd puter
New-Item -Path "puter\config" -ItemType Directory -Force
New-Item -Path "puter\data" -ItemType Directory -Force
Invoke-WebRequest -Uri "https://raw.githubusercontent.com/HeyPuter/puter/main/docker-compose.yml" -OutFile "docker-compose.yml"
docker compose up
```
### ☁️ Puter.com
Puter tersedia sebagai perkhidmatan terhos di [**puter.com**](https://puter.com).
## Keperluan Sistem
- **Sistem Operasi:** Linux, macOS, Windows
- **RAM:** Minimum 2GB (sebaiknya 4GB)
- **Ruang Storan:** 1GB ruang kosong
- **Node.js:** Versi 16+ (sebaiknya Versi 22+)
- **npm:** Versi stabil yang terkini
## Sokongan
Berhubung dengan penyelenggara dan komuniti melalui saluran berikut:
- Laporan pepijat atau permintaan ciri? Sila [buka isu baharu](https://github.com/HeyPuter/puter/issues/new/choose).
- Discord: [discord.com/invite/PQcx7Teh8u](https://discord.com/invite/PQcx7Teh8u)
- X (Twitter): [x.com/HeyPuter](https://x.com/HeyPuter)
- Reddit: [reddit.com/r/puter/](https://www.reddit.com/r/puter/)
- Mastodon: [mastodon.social/@puter](https://mastodon.social/@puter)
- Isu keselamatan? [security@puter.com](mailto:security@puter.com)
- Emel penyelenggara melalui [hi@puter.com](mailto:hi@puter.com)
Kami sentiasa gembira untuk membantu anda dengan apa-apa soalan. Jangan takut untuk bertanya!
## Lesen
Repositori ini, termasuklah kandungannya, subprojek, modul dan komponen, dilesenkan di bawah [AGPL-3.0](https://github.com/HeyPuter/puter/blob/main/LICENSE.txt) melainkan dinyatakan sebaliknya. *Library* pihak ketiga yang terkandung dalam repositori ini tertakluk kepada lesen mereka sendiri.