Latarbelakang
Agensi
Direktori
Penerbitan
Terkini
Peristiwa

Latarbelakang KSTAS

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia (KSTAS)

PENDAHULUAN

Sejarah penubuhan Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar bermula pada tahun 1973. Pada masa itu ia dikenali sebagai Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1976, nama itu ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan kekal hingga sekarang. Penukaran nama ini sesuai dengan peranan utama yang dimainkan iaitu untuk menggerak dan membangunkan Sains dan Teknologi di negara ini.

Diantara menteri-menteri yang telah berkhidmat di Kementerian ini adalah:

  • Y.B Dato' Lee San Choon
  • Y.B Dato' Mohamed Bin Yaacob
  • Y.B Tan Sri Ong Kee Hui
  • Y.B Dato' Amar Stephen K.T Yong
  • Y.B Datuk Law Hieng Ding (22 Oktober 1990 - Sekarang)
MISI DAN OBJEKTIF

Misi Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar adalah untuk menggalakkan kecekapan dalam bidang sains dan teknologi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping memastikan pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar serta pembangunan negara yang berterusan.

Dalam usaha untuk mencapai misi ini, Kementerian telah membentuk objektif seperti berikut :-

  • Merangsang kefahaman, kesedaran dan penghargaan terhadap sains dan teknologi;
  • Melaksanakan pembangunan-pembangunan dan penyelidikan sains dan teknologi;
  • Mengawasi dan memulihara alam sekitar; dan
  • Menyediakan perkhidmatan teknikal dan sokongan pengurusan.

STRATEGI

Kejayaan bagi mencapai objektif Kementerian bergantung kepada strategi yang telah dirancang. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah mewujudkan strategi bagi mencapai objektifnya seperti berikut :-

  • Menambahkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui perancangan dan program pengurusan penyelidikan yang berkesan;
  • Menggalakkan masyarakat supaya menerima dan meminati sains dan teknologi dan segala faedahnya;
  • Menggalak dan membangunkan teknologi tempatan disamping memperbaiki kaedah penerimaan teknologi;
  • Memperbaiki keupayaan negara untuk menerima dan melaksanakan teknologi baru; dan
  • Mengawal pencemaran dan menguruskan aktiviti pemuliharaan alam semulajadi melalui perancangan bersepadu.
  • Membangun dan menambah tenaga manusia dalam S&T, menerusi program pembangunan sumber manusia yang lebih efektif.

STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN

menteri
Menteri
Datuk Law Hieng Ding
lhd@mastic.gov.my

tmenteri
Timbalan Menteri
Dato' Abu Bakar Daud
abd@mastic.gov.my

ksu
Ketua Setiausaha
Dato' Cheah Kong Wai
ckw@mastic.gov.my
ksukstas@wireless.wise.net.my

TKSU1
Timbalan Ketua Setiausaha I
Dr. Islahudin Baba
ibb@mastic.gov.my
islahudin@wireless.wise.net.my
   TKSU2
Timbalan Ketua Setiausaha II
En. Mohd Salleh Mohd Ali
msa@mastic.gov.my

KETUA JABATAN / BAHAGIAN

Dalam melaksanakan kearah Dasar Penswastaan Kerajaan, tiga agensi yang dahulunya di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kini telah dikorporatkan pada penghujung tahun 1996, iaitu Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM), Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan Taman Teknologi Malaysia (TTM). Ketiga-tiganya tidak lagi berstatus sebagai jabatan kerajaan. Sebuah jabatan baru telah diwujudkan iaitu Jabatan Standard Malaysia (JSM) mulai 1 Januari 1996 bagi mengambil tugas penguatkuasaan dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh SIRIM khususnya mengenai standard dan akreditasi. Dengan adanya perkembangan tersebut, kini Kementerian didokong oleh 7 Jabatan dan 10 Bahagian. Jabatan-jabatan dan Bahagian tersebut adalah seperti berikut :-

Jabatan
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) Ketua Pengarah Dato' Dr. Ahmad Sobri Hashim kp@mint.gov.my
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ketua Pengarah Hjh. Rosnani Ibarahim hri@jas.sains.my
Jabatan Kimia Malaysia Ketua Pengarah -
Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia Ketua Pengarah Dr. Lim Joo Tick jtlim@kjc.gov.my
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Ketua Pengarah En. Musa Nordin musa@wildlife.gov.my
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) Ketua Pengarah Dr. Syed Abd. Malik Syed Zain malik@aelb.gov.my
Jabatan Standard Malaysia (JSM) Ketua Pengarah
Bahagian
Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan Pengarah En. Khamis Idris khamis@mastic.gov.my
Bahagian Kewangan Pengarah En. Hamzah Abd. Hamid hamzah@mastic.gov.my
Bahagian Sains dan Teknologi (S&T) Pengarah Dr. Mustaza mustaza@mastic.gov.my
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) Pengarah
Pusat Sains Negara (PSN) Pengarah Prof. Dr. Sharifah Barlian Aidid sharifah@psn.sains.my
Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) Pengarah En. Nik Nasruddin Mahmood dmacres@macres.sains.my
Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) Ketua Pengarah Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman baksa@po.jaring.my
Bahagian Antarabangsa Pengarah En. Mohamad Akbar Mahbat akbar@mastic.gov.my
Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar (PPAS) Pengarah Dr. Raman Letchumanan raman@mastic.gov.my
Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (NBD) Pengarah Urusan Prof. Dr. Abd. Latif Ibrahim latiff@mastic.gov.my
Agensi Korporat
SIRIM Berhad Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Mohd Ariffin Hj. Aton
MIMOS Berhad Ketua Pengarah Y.M. Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen tmas@ms.mimos.my
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) Pengarah Urusan Dr. Mohd Salleh Ismail salleh@tpm.com.my


| Pendahuluan | Misi&Objektif | Strategi | Struktur Organisasi | Kenyataan Menteri | Pelancaran | Perutusan Tahun Baru 1999 | Atas |

Hakcipta © MASTIC(TM)
Direka & Dibangunkan oleh MASTIC Semua Hakcipta Terpelihara.